Singapura Kekurangan Bekalan Ketam Bulu

Diterbitkan: Sabtu, 19 November 2016 11:02 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Peminat ketam bulu yang ingin merasai makanan laut ini perlu mengeluarkan duit lebih kerana bekalannya berkurangan ketika ini kerana faktor cuaca di negara sumber.

Salah satu negara sumber Singapura untuk mendapatkan makanan laut air tawar, jenis krustasea adalah  menerusi pembekal di China.

Minggu lepas, pembekal di negara itu memberitahu kepada pemborong tempatan, bahawa mereka terpaksa menghentikan sementara eksport ketam itu.

Namun, tiada sebab rasmi diberikan kepada pemborong tempatan berkenaan penggantungan ini.

Salah seorang pengimport ketam, Hong Ying Lien berkata, masalah kekurangan bekalan itu mungkin disebabkan cuaca panas di China sekarang.

Ketika cuaca lebih sejuk (awal musim luruh), ketam tersebut akan menggunakan lemak untuk melindungi diri dan seterusnya menghasilkan telur sebagai tanda bermulanya musim mengawan.

Selain isi ketam, juadah lain yang disediakan adalah telur ketam, di mana ketam betina mampu mengeluarkan telur  jingga keemasan, manakala telur spesis jantan pula putih.

Ketibaan musim sejuk yang agak lambat, menyebabkan bekalan ketam bulu matang berkurangan sebanyak 20 peratus, manakala harga mula naik sebanyak 10 peratus, lapor Shin Min Daily News.

Musim ketam bulu  akan bermula pada September, waktu puncak iaitu pertengahan Oktober dan November, dan akan berakhir pada Disember.

Ketam ini mendapat permintaan banyak disebabkan isinya yang sedap serta telur yang lemak.

Ying Lien yang juga pengarah High Fresh Trading, mendapat bekalan dari Belanda untuk dijual kepada pemilik restoran dan pemborong tempatan.

Namun, harga ketam yang ditangkap ini adalah 20 peratus lebih tinggi, daripada di China kerana ia diternak.

Kata Ying Lien, keadaan ini adalah yang pertama dialaminya sejak mula menimport ketam ke Singapura pada 2000.

Sementara itu, Hua Ting Restaurant di Orchard Hotel terpaksa mengeluarkan makanan ini daripada senarai menu dua minggu lebih awal.

“Kami menerima surat daripada pembekal bahawa China sudah menghentikan semua pengeksportan ketam bulu ke Singapura.

“Kualiti ketam ini juga tidak mencapai standard biasa.” jelas Pengarah Komunikasi Orchard Hotel, Amy Ang.-The Straits Times/Asia News Network

Tags / Kata Kunci: ketam bulu , China , Singapura

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan