NZ Berdepan Gempa Susulan Lebih Kuat - Berita Dunia | mStar

NZ Berdepan Gempa Susulan Lebih Kuat

Diterbitkan: Sabtu, 19 November 2016 2:46 PM

(Ubah saiz teks)

CHRISTCHURCH: New Zealand dijangka berdepan gempa susulan yang lebih kuat hingga mengakibatkan lapisan bumi di Pulau Selatan berganjak sejauh 11 meter dan mengubah struktur geografinya.

Amaran itu dikeluarkan pakar seismologi pada Jumaat selepas mengkaji gempa bumi bermagnitud 7.8 yang menggegarkan New Zealand awal minggu ini. Gempa tersebut merupakan antara yang paling kuat pernah melanda negara itu.

Agensi sains Geonet menyatakan, gegaran yang dijangka berlaku beberapa minggu lagi itu turut mengakibatkan dasar laut di kawasan gempa naik sebanyak dua meter termasuk di perairan bandar pelancongan Kaikoura.

"Kemungkinan berlakunya gempa bumi kuat bermagnitud 6.0 atau lebih tinggi pada bulan hadapan iaitu 100 kali ganda lebih besar daripada jangkaan," kata GeoNet.

Menurut GeoNet, bencana itu telah merosakkan sekurang-kurangnya empat lapisan kerak bumi dan menyifatkannya sebagai “salah satu gempa bumi paling menakjubkan.”

New Zealand mengalami sehingga 15,000 gempa setahun kerana terletak di sempadan plat tektonik Australia dan Pasifik, kawasan yang dikenali sebagai Lingkaran Api Pasifik.

Terdapat lebih 2,000 gempa susulan dikesan sejak Isnin lalu dengan agensi itu memberitahu, orang ramai perlu bersiap sedia untuk menghadapi lebih banyak gempa kuat sepanjang beberapa minggu lagi.

Dalam pada itu, kapal perang dari Amerika Syarikat, Kanada dan Australia mula menghantar bantuan kecemasan ke Kaikoura, bandar paling teruk terjejas akibat bencana itu.

Terdahulu, konvoi kenderaan tentera New Zealand tiba di bandar itu melalui jalan darat untuk kali pertama selepas jalan raya dan landasan kereta api ditimbus tanah runtuh.

Konvoi tersebut bergerak ke Kaikoura menggunakan laluan alternatif.

Seramai 1,000 pelancong telah dipindahkan dari Kaikoura melalui pengangkutan udara dan laut, beberapa hari selepas gempa berlaku tetapi dianggarkan masih terdapat kira-kira 2,000 penduduk tempatan berdepan situasi sukar dan memerlukan bantuan segera. – AFP



Tags / Kata Kunci: gempa bumi , NZ , Pulau Selatan
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan