Selepas Peras Ugut, Penyewa Disyaki Bunuh Tuan Rumah, Isteri - Berita Dunia | mStar

Selepas Peras Ugut, Penyewa Disyaki Bunuh Tuan Rumah, Isteri

Diterbitkan: Jumaat, 18 November 2016 5:58 PM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Tuan rumah dan isterinya mati dipercayai ditikam penyewa yang memeras ugut serta mencuri barang kemas bernilai 10,000 yuan (RM6,418), lapor media tempatan.

Polis berjaya menangkap suspek sejurus mayat pasangan itu ditemui di rumah mereka di daerah Huidong, wilayah Guangdong, pada Rabu.

Jiran yang menemui mayat mangsa berkata, pasangan tersebut telah ditikam beberapa kali.

Kakak kepada tuan rumah itu mendakwa, sebulan sebelum kejadian, penyewa telah mencuri barang kemas bernilai 10,000 yuan (RM6,418) dan memeras ugut sebanyak 50,000 yuan (RM31,960), serta mengambil barang peribadi mangsa, termasuk kad pengenalan dan dokumen keselamatan sosial.

Penyewa berusia 32 tahun itu telah ditangkap di Qingyuan pada hari sama mayat mangsa dijumpai dan suspek telah mengaku membunuh pasangan tersebut.

Setakat ini, tiada sebarang maklumat lanjut diberikan pihak berkuasa kecuali siasatan sedang dijalankan.

Pasangan itu menetap di tingkat satu dan menyewakan bilik di tingkat tiga yang didiami suspek - seorang penganggur  bersama isterinya.

Perjanjian sewa akan tamat pada akhir bulan ini.-South China Morning Post 

Tags / Kata Kunci: Huidong , Qingyuan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan