Dua Pengedar Dadah Termasuk Rakyat Malaysia Dihukum Gantung

Diterbitkan: Jumaat, 18 November 2016 11:20 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Dua pengedar dadah termasuk seorang rakyat Malaysia yang didapati bersalah melakukan jenayah itu dihukum gantung di Kompleks Penjara Changi di sini, Jumaat.

Biro Narkotik Pusat (CNB) memaklumkan, mereka adalah warga Nigeria, Chijioke Stephen Obioha, 38 dan S. Devendran, 31.

Devendran ditahan di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada Mei 2011 ketika membawa enam paket serbuk dipercayai dadah semasa menunggang motosikal.

Lelaki itu didakwa mengimport kira-kira 83.36 gram heroin ke republik itu  dan dijatuhi hukuman mati pada 29 Julai 2014.

Tertuduh mengemukakan rayuan bagaimanapun ditolak Mahkamah Rayuan pada Mei 2015. Begitu juga petisyen yang dikemukakan kepada Presiden negara itu.

Sementara itu, Obioha yang tiba di republik itu pada 2005 untuk mencuba nasib menyertai kelab bola sepak tempatan telah ditahan pada April 2007 apabila sejumlah 14 blok tumbuhan yang dipercayai ganja ditemui dalam bagasinya. Seterusnya 14 blok lagi dijumpai di rumah pangsa yang disewanya.

Lelaki itu dituduh mengedar 2,604.56 gram ganja dan dihukum mati pada 30 Disember 2008.

Obioha juga mengemukakan rayuan dan terakhir memohon supaya hukuman mati itu dipinda kepada penjara seumur hidup.

Bagaimanapun, permohonan pada 16 November itu telah didengar dan ditolak pada Khamis. Begitu juga petisyen untuk mendapatkan belas kasihan Presiden diketepikan.




iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan