Marcos Disemadi Di Tanah Perkuburan Wira Hari Ini

Diterbitkan: Jumaat, 18 November 2016 1:39 PM

Isteri mendiang Marcos, Imelda berada di sisi suaminya sebelum upacara pengebumian diadakan pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte membenarkan bekas diktator Filipina, Ferdinand Marcos dikebumikan di tanah perkuburan yang dikhaskan untuk wira negara itu pada Jumaat.

Keputusan itu bagi menghalang berlakunya tunjuk  perasaan dan petisyen untuk menghalang upacara pengebumian Marcos itu.

Ketua Polis Manila, Oscar Albayalde berkata jenazah mendiang akan diterbangkan ke Manila dengan helikopter dari bandar Batc di wilayah Ilocos Sur.

Katanya, bekas pemimpin Filipina itu akan dikebumikan sebagai seorang anggota tentera dan bukan seorang wira.

Menurut tradisi, Marcos akan dikebumikan sekitar tengahari.

“Kami sangat terkejut, bukan sahaja bagi pihak Mahkamah Tinggi tetapi kepada keluarga Marcos juga, kerana keputusan pengebumian masih lagi belum muktamad. Ini mungkin disebabkan oleh hak dan proses petisyen yang dikemukakan rakyat,” kata peguam dan aktivis, Neri Colmenares.- The Straits Times/Asia News Network


Tags / Kata Kunci: Ferdinand Marcos , Filipina , Batc

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan