Jururawat Maut Ketika Bantu Mangsa Kemalangan

Diterbitkan: Jumaat, 18 November 2016 12:00 PM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Seorang jururawat wanita maut akibat dilanggar sebuah trak ketika membantu mangsa kemalangan di lebuh raya Sichuan dekat sini.

Menurut Chengdu Business Daily, Wang Lijun yang berusia 23 tahun dari Panzhihua itu maut selepas dia memberhentikan kereta di tepi jalan untuk menolong mangsa kemalangan. 

Dalam dua kejadian pada Selasa itu, sembilan orang cedera pada dua kemalangan yang berbeza.

Ketika ini, kesemua mangsa masih menerima rawatan di hospital.

Kemalangan pertama berlaku apabila sebuah kereta mengelak daripada melanggar kambing dan kemudiannya bertembung dengan kereta lain ketika berhenti.

Polis tempatan masih lagi melakukan siasatan terhadap dua kemalangan tersebut.-  South China Morning Post

Tags / Kata Kunci: Sinchuan , Wang Lijun

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan