Etnik Islam Rohingya Lari Ke Bangladesh

Diterbitkan: Jumaat, 18 November 2016 12:47 PM

(Ubah saiz teks)

SITTWE: Angka kematian etnik Islam Rohingya di barat Myanmar yang meningkat kepada 130 orang mendorong golongan itu memilih untuk melarikan diri ke Bangladesh.

Keputusan bagi  mengelak menjadi mangsa kekejaman tentera Myanmar itu bagaimanapun tidak mudah apabila mereka berdepan risiko lain.

Sejumlah etnik itu ditembak mati ketika mereka cuba menyeberangi sungai Naaf yang memisahkan antara Myanmar dan Bangladesh.

Malahan, ada yang tiba dengan bot diusir pengawal sempadan Bangladesh mengakibatkan mereka terkandas di laut.

Pertumpahan darah di negeri Rakhine dikatakan paling serius selepas beratus-ratus orang terbunuh dalam pergaduhan etnik sejak 2012.

Ketegangan itu mendedahkan kelemahan pentadbiran kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi yang baru berusia tujuh bulan itu.

Pasukan tentera dilihat semakin ramai di sepanjang kawasan Myanmar dan Bangladesh apabila mereka berbalas serangan dengan pemberontak di tiga pos sempadan pada 9 Oktober lalu menyebabkan sembilan anggota polis terbunuh.

Anggota keselamatan itu juga menutup daerah yang didiami penduduk Rohingya, selain menghalang petugas bantuan dan pemerhati bebas daripada memasuki kawasan berkenaan.

Pasukan tentera dikatakan telah mempergiatkan operasi sejak tujuh hari lalu dan turut menggunakan helikopter untuk menggempur beberapa perkampungan Rohingya.

Pihak berkuasa di Bangladesh menganggarkan sekurang-kurangnya 5,000 Rohingya melarikan diri dari Myanmar sejak serangan Oktober lalu.

Pelarian berkenaan kini menetap di empat kem Rohingya di sempadan Bangladesh, namun pada Selasa lalu, pengawal sempadan menghalau sekumpulan besar etnik berkenaan daripada menyeberangi sungai Naaf.

“Kira-kira 80 etnik Rohingya termasuk 40 wanita dan 25 kanak-kanak telah dihalau oleh Pengawal Sempadan Bangladesh daripada pos sempadan Teknaf.

“Kesemua daripada mereka cuba memasuki Bangladesh dengan menggunakan dua bot laju,” kata pegawai pemerintah tentera di Cox’s Bazar, timur Bangladesh, Leftenan Kolonel Anwarul Azim. – Reuters





Tags / Kata Kunci: Islam Rohingya , Bangladesh , Sungai Naaf

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan