Remaja Autisme Dilarang Naik Pesawat - Berita Dunia | mStar

Remaja Autisme Dilarang Naik Pesawat

Diterbitkan: Jumaat, 18 November 2016 12:00 PM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Seorang remaja autisme dilarang menaiki pesawat kerana dilihat berkelakuan pelik dan dianggap boleh mengancam keselamatan penumpang lain.

Bapa kepada remaja berusia 13 tahun itu berkata, perkara ini berlaku ketika dia dan anaknya ingin menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Zhengzhou ke Zhuhai, di wilayah Guangdong, pada Selasa, lapor Dahe Daily.

Kedua-dua mereka dihalang pekerja syarikat penerbangan Yangtze River Express, yang mengatakan anaknya bercakap dengan nada yang terlalu kuat.

“Anak saya bukan orang gila, dan langsung tidak bertindak agresif . Dia hanya bercakap kuat buat seketika sahaja,” jelasnya.

Tambahnya, perlakuan anaknya yang selalunya hanya bercakap sesama ahli keluarga, bukan bermakna dia tidak boleh menaiki pesawat.

Pengurus syarikat penerbangan itu itu menegaskan, peraturan industri penerbangan awam China menyebut, syarikat itu berhak menghalang mana-mana pihak daripada menaiki pesawat kerana kesihatan mental dan fizikal.

Bapanya berkata, itu adalah kejadian pertama di mana anaknya tidak dibenarkan menaiki pesawat kerana sebelum ini setiap tahun mereka melancong ke Henan.

“Kami menunggu selama lima jam di lapangan terbang, hanya mendapat maklum balas supaya mendapatkan sijil perakuan pihak hospital sebagai bukti yang anak saya  layak menaiki pesawat,” ujarnya.

Syarikat penerbangan tersebut telah memulangkan tambang tiket penerbangan kedua beranak itu.- South China Morning Post

Tags / Kata Kunci: Austisme , Yangtze River Express , Guangdong
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan