Arab Saudi Batal Kos Kenaikan Visa, Haji - Portal Indonesia

Diterbitkan: Khamis, 17 November 2016 1:19 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman bin dilapor mengeluarkan dekri untuk membatalkan kenaikan harga visa haji dan umrah berkuatkuasa serta-merta selepas peningkatan kos itu mengundang keluhan negara-negara Islam di seluruh dunia.

Berdasarkan beberapa laporan portal Indonesia, perkara itu disahkan oleh Menteri Agama Republik Indonesia, Lukman Hakim Saifuddin menerusi satu kenyataan dalam laman sosial Twitter pada Khamis.

"Alhamdulillah, Raja Salman (Saudi Arabia) batalkan biaya visa haji & umrah," tulis Lukman seperti dilaporkan portal berita detik.com.

Menurut detik.com, pembatalan harga baru visa haji dan umrah itu disampaikan oleh Raja Salman dan diwartakan oleh seluruh media Arab Saudi.

Bagaimanapun tiada laporan rasmi yang disiarkan oleh portal-portal di Arab Saudi berhubung perkara tersebut.

Dua bulan lalu, kerajaan Arab Saudi mengumumkan caj sebanyak 2,000 riyal (RM2,323) bagi umat Islam yang mengerjakan umrah dan haji buat kali kedua dan seterusnya.

Susulan laporan itu, Kementerian Agama Republik Indonesia (Kemenag) masih menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Arab Saudi berhubung pembatalan kos kenaikan harga vias haji dan umrah.

"Berita tentang pembatalan kos itu telah tersebar, tetapi kami masih menunggu kenyataan rasmi daripada Arab Saudi," kata Pengarah Pusat Maklumat dan Perhubungan (Pinmas) Kemenag, Mastuki menerusi laman web rasmi kementerian tersebut.

Tags / Kata Kunci: Haji , Umrah , Visa , Arab Saudi

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan