Penghuni 'Malu' Gesa Tukar Nama Apartment 'Trump Place'

Diterbitkan: Rabu, 16 November 2016 8:49 AM

Bangunan apartment Trump Place akan ditukarkan dengan nama baharu. Foto equityapartments.com

(Ubah saiz teks)

SEKUMPULAN penghuni di apartment 'Trump Place' berjaya membuat gesaan untuk menukarkan nama bangunan kediaman sempena Donald Trump kepada nama yang lain.

Penghuni di Trump Palce di 140, 160 dan 180 Riverside Bouleverad di New York mengemukakan petisyen kepada pemilik bangunan Equity Residential bagi menggesa supaya nama Trump digugurkan.

Petisyen dalam talian itu dikemukakan dengan penjelasan bahawa penghuni berasa 'malu untuk tinggal di bangunan bernama Trump Place' kerana ia dikaitkan dengan Trump yang baharu sahaja dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS).

Pada Selasa, Bloomberg melaporkan Equity Residential dipetik sebagai berkata menerusi emel: "Kami beranggapan identiti bangunan yang lebih natural akan mewakili semua penguni semasa dan akan datang.

Petisyen yang ditandatangani 600 orang itu menggesa pemilik bangunan menukarkan nama kediaman itu, dengan memberi penegasan berhubung layanan Trump terhadap wanita, pendatang dan golongan kurang upaya.

"Kediaman kami merupakan ruang persendirian yang terlalu peribadi, bangunan yang kami seharusnya berasa bangga dan gembira untuk berada di dalamnya setiap hari," antara yang dinyatakan di dalam petisyen berkenaan.

Pihak Equity Residential kemudiannya mendengar rayuan itu dan nama 'Trump Place' yang berwarna emas dipaparkan di hadapan kediaman itu akan dikeluarkan pada minggu ini.

Bangunan itu akan ditukarkan nama baharu menggunakan nama jalan di kawasan itu. - Mail Online

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan