Ivanka Trump Mohon Maaf Promosi Gelang Dipakai Dalam Wawancara Bapa

Diterbitkan: Rabu, 16 November 2016 8:19 AM

(Ubah saiz teks)

SYARIKAT Ivanka Trump membuat permohonan maaf susulan anak Donald Trump itu dikecam hebat kerana mempromosikan barangan kemas semasa wawancara pertama bapanya selepas dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS).

Ivanka yang muncul dalam program '60 Minutes' bersama bapanya dan tiga adik beradik lain dalam program yang disiarkan Ahad lalu, memakai gelang yang bernilai lebih AS$10,000 (RM43,265).

Sejurus program tersebut berakhir, pihak syarikat Ivanka kemudiannya menghantar emel kepada penulis fesyen bagi mempromosikan gelang yang dipakai semasa wawancara itu.

Presiden bagi jenama Ivanka Trump, Abigail Klem memberitahu DailyMail.com: "Pemberitahuan tersebut dihantar oleh seorang kakitangan pemasaran di salah sebuah syarikat kami dengan niat baik. Dia mengikut protokol seperti kebiasaan, dan seperti kebanyakan kita, masih sedang menyesuaikan dengan pasca pilihan raya.

"Kami secara proaktif membincangkan mengenai polisi dan prosedur baharu dengan semua rakan niaga kami," katanya.

Ivanka sudah lama dilihat memakai barangan jenamanya di khalayak, malah sebelum memulakan kempen pilihan raya buat bapanya.

Bagaimanapun menerusi wawancara itu, ia merupakan pertama kali Ivanka menggunakan kedudukan bapanya yang dipilihan sebagai Presiden AS yang baharu untuk mempromosikan pemakaiannya. - Mail Online

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan