Wanita Saman Zara Gara-Gara Bangkai Tikus

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2016 1:29 PM

IMEJ (kanan) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Agung Manhattan menunjukkan kaki bangkai tikus yang dijahit pada pakaian berjenama Zara yang dibeli oleh Fiesel (gambar kiri) pada Julai 2016. - MAIL ONLINE

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Seorang wanita mengemukakan saman terhadap syarikat fesyen terkemuka Sepanyol, Zara selepas menemukan bangkai seekor tikus yang dijahit pada pakaiannya.

Wanita dari New York itu, Cailey Fiesel berkata, dia membeli dua pakaian dari kedai pakaian itu di Greenwich, Connecticut pada Julai lalu sebelum menyedari bau busuk ketika pertama kali memakai pakaian tersebut untuk ke tempat kerja.

Fiesel pada mulanya menyangka pakaian tersebut bermasalah tetapi kemudian menyedari kaki bangkai tikus yang terjulur keluar antara bahagian jahitan manakala seluruh badan haiwan itu terperangkap di bawah rentasan kain.

Selain itu, Fiesel mendakwa dia turut mengalami ruam yang berpunca akibat penyakit tikus seperti yang disahkan oleh doktor.

Jumlah saman tidak dapat dipastikan tetapi wanita itu mendakwa pakaian terbabit menyebabkan menjejaskan mental dan fizikalnya.

Sementara itu, Zara menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya menyedari saman tersebut dan siasatan berhubung kes berkenaan masih dijalankan.

"Zara USA mempunyai peraturan kesihatan dan keselamatan yang ketat. Kami komited dalam memastikan kesemua produk yang dihasilkan mengikut keperluan yang ditetapkan," jelas kenyataan.

http://www.dailymail.co.uk/news/article-3935822/She-smelt-rat-Manhattan-woman-suing-clothing-giant-Zara-finding-RODENT-S-LEG-sewn-hem-dress.html


Tags / Kata Kunci: Zara

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan