Jack Ma Sara Persekolahan Budak Lelaki Miripnya - Berita Dunia | mStar

Jack Ma Sara Persekolahan Budak Lelaki Miripnya

Diterbitkan: Isnin, 14 November 2016 10:29 PM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Seorang kanak-kanak lelaki mirip Jack Ma berjaya menambat hati pengasas Kumpulan Alibaba tersebut.

Fan Xiaoqin atau "mini Jack Ma" berusia lapan tahun dan tinggal di Yongfeng County yang terletak dalam wilayah Jiangxi di Timur China.

Kehidupan kanak-kanak itu agak daif apabila ibunya menghidap penyakit polio manakala bapanya hilang kedua-dua belah kaki.

Sementara itu, nenek Fan Xiaoqin pula menghidap penyakit Alzheimer, lapor jxnews.com.cn pada 13 November lalu.

"Mini Jack Ma" menjadi popular selepas penduduk kampung memuat naik videonya secara dalam talian pada 2015.

Video tersebut yang memaparkan wajahnya yang mirip Jack Ma menjadi viral di laman media sosial.

Sekali lagi, video tersebut berjaya memenangi hati netizen yang menyarankan Jack Mac supaya membantu Fan Xiaoqin.

Video itu mendapat perhatian Jack Ma dan beliau melihat persamaan antara dirinya dengan kanak-kanak lelaki itu.

Pada minggu lalu, Jack Ma mengumumkan beliau akan menyara persekolahan Fan Xiaoqin sehingga dia menamatkan pengajian dari universiti.  – China Daily

Tags / Kata Kunci: Jack Ma , Fan Xiaoqin
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan