Wanita Ditahan Ketika Mahu Tukar Pakaian Curi

Diterbitkan: Ahad, 13 November 2016 5:23 PM

Kelibat wanita berkenaan ketika meninggalkan premis kedai dengan memakai kot, kemeja dan seluar hitam yang dikesan menerusi kamera keselamatan. -SCMP Pictures.

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Seorang wanita di Chongqing yang mencuri sehelai kot dari sebuah kedai ditangkap pihak polis selepas dia kembali untuk membuat penukaran pakaian yang dicurinya itu.

Wanita tersebut kembali ke kedai yang sama pada hari berikutnya kerana tidak berpuas hati dengan pilihan kot yang dicurinya.

Menurut laporan Chongqing Business News, wanita pertengahan umur itu pada mulanya mencuba sehelai kot, kemeja dan seluar berwarna hitam pada Rabu sebelum meninggalkan pakaiannya sendiri dalam bilik persalinan.

Dia bagaimanapun kembali pada hari berikutnya dan kali ini mahu mencuri kot berwarna merah menggunakan kaedah yang sama.

Seorang pembantu kedai menyedari terdapat tiga barangan bernilai 1,000 yuan (RM647) hilang pada penghujung hari dan melaporkan kepada polis pada keesokan harinya.


Pada hari berikutnya polis mengesan wanita yang sama dalam kedai tersebut, kali ini dia memakai kot merah. -SCMP Pictures.

Ketika polis memeriksa rakaman dari hari sebelumnya untuk mengenal pasti suspek, wanita yang sama muncul menerusi kamera pengawasan secara langsung.

Selepas mencuba dan memakai kot merah yang diinginya itu, wanita berkenaan akhirnya ditahan pihak polis yang menunggu di luar pintu kedai.

Wanita itu mengaku dan berkata dia mahu menukar kot yang dicuri pada hari pertama dan tidak berniat untuk mengambil kedua-duanya.

Dia mahu sepasang kot baharu untuk dipakai ke majlis perkahwinan anak saudaranya minggu ini tetapi suaminya enggan memberi wang untuk membeli.

Jadi dia mengambil keputusan untuk mencuri. -South China Morning Post.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan