Juruterbang Wanita Pertama Jet Pejuang J-10 China Terkorban Dalam Kemalangan Udara

Diterbitkan: Ahad, 13 November 2016 3:24 PM

Yu Xu. -The Straits TImes/Asia News Network

(Ubah saiz teks)

HONG KONG: Juruterbang wanita pertama bagi jet pejuang J-10 China, Yu Xu, terkorban dalam kemalangan udara pada Sabtu.

Pesawat kendaliannya jatuh menjunam dan beliau tidak berjaya keluar untuk menyelamatkan diri.

Kejadian berlaku di wilayah Hebei, sehari selepas hari tentera udara China, lapor akhbar South China Morning Post.

Laporan media Cina berkata Yu, 30, sedang terbang bersama seorang rakan juruterbang lelaki, yang berjaya keluar dari pesawat namun mengalami kecederaan.

Yu, yang dilahirkan di Chengdu, menjadi ahli pasukan aerobatik August 1st untuk tentera udara China.


Pasukan itu adalah di bawah Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) bagi tentera udara.

Beliau adalah salah seorang daripada beberapa juruterbang wanita yang mampu menerbangkan jet pejuang buatan dalam negara.

Yu memohon untuk menjadi juruterbang tentera udara pada tahun 2005.

Empat tahun kemudian, beliau menjadi salah seorang daripada 16 juruterbang jet pejuang wanita di China, menurut Agensi Berita Xinhua.

Pasukan aerobatik ini telah mengambil bahagian dalam Pameran Udara China di Zhuhai, wilayah Guangdong, awal bulan ini. -The Straits Times / Asia News Network

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan