52 Maut Akibat Serangan Bom Di Pakistan

Diterbitkan: Ahad, 13 November 2016 12:35 PM

(Ubah saiz teks)

QUETTA: Kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), bertanggungjawab atas serangan bom yang telah membunuh seramai 52 orang, dan mencederakan 100 orang lagi di sebuah tempat ibadat sufi, Pakistan, pada Sabtu.

Letupan itu berlaku ketika mangsa mengambil bahagian dalam sebuah majlis di makam ahli sufi di Shah Noorani, kira-kira 750 kilometer dari selatan Quetta.

“Sekurang-kurangnya 52 terbunuh dan lebih kurang 105 cedera daripada insiden ini, termasuk wanita dan kanak-kanak,” kata Menteri Dalam Negeri Balochistan, Sarfaraz Bugti kepada AFP.

Pegawai tempatan berkata, letupan itu berlaku ketika mangsa sedang mengambil bahagian dalam tarian ibadat sufi yang diadakan sebelum senja.

Pihak berkuasa menghantar ambulan dan pekerja perubatan dari Karachi dengan perjalanan mengambil masa selama tiga jam, untuk tiba di sebuah kawasan pergunungan yang terhad dengan kemudahan kecemasan.

Lokasi itu juga sering dilawati oleh penganut minoriti Sunni dan Syiah, yang dianggap bertentangan ajaran Islam oleh kumpulan militan seperti Talibat dan IS.

IS mengaku bertanggungjawab terhadap serangan melalui agensi berita, Amaq yang menyatakan penyerang bunuh diri menyasarkan pembunuhan seramai 35 orang serta mencederakan 95 yang lain.

Namun, Bugti tidak dapat mengesahkan bahawa ia adalah serangan bunuh diri.

Seorang mekanik, Hafeez Ali, 26, berkata ketika dia sedang lihat orang ramai menari diiringi gendang di lereng bukit, dia mendengar bunyi yang kuat dan nampak kepulan asap yang semakin menebal di situ. -AFP

Tags / Kata Kunci: Pakistan , Quetta , IS

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan