Kalah, Hillary Clinton Salahkan FBI

Diterbitkan: Ahad, 13 November 2016 10:56 AM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Calon Demokrat, Hillary Clinton, menyalahkan Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), James Comey atas kekalahannya pada pilihan raya presiden atas pembukaan semula siasatan terhadap kes penggunaan pelayar emel peribadi, pada Sabtu.

Media Amerika Syarikat (AS), Quartz dan CNN melaporkan, Clinton memberitahu pembiaya utama kempennya bahawa dua surat yang diberikan oleh Comey kepada Kongres, lebih cenderung terhadap calon Republikan, Donald Trump.

“Pilihan raya ini tidak berjaya atas pelbagai sebab.

“Menurut analisis kami, surat yang diberikan oleh Jim Comey itu menimbulkan keraguan tidak berasas, dan tanpa bukti, memberhentikan momentum yang telah kami bina," kata Clinton kepada jawatankuasa kewangannya.

Pada 28 Oktober lalu, dua minggu sebelum pilihan raya, tindakan Pengarah FBI membuka semula siasatan terhadap kes penggunaan pelayar emel peribadi sewaktu memegang jawatan Setiausaha Negara, mengejutkan semua pihak.

Pada 6 November, tiga hari sebelum pilihan raya, keluaran surat kedua menjelaskan bahawa siasatan semula FBI terhadap emel tidak menimbulkan sebarang tingkah laku.

Selain itu, pihak FBI juga tidak akan mendakwa Clinton seperti mana telah dipertimbangkan pada Julai.

Disebabkan ini, pengundi diingatkan semula dengan kontroversi yang melanda ketika dahulu, dan menurut Clinton, surat kedua memberi kesan yang sama terhadap persaingnya, Donald Trump.

Surat itu diterima selepas selesai ketiga-tiga debat presiden, serta rakaman video Trump yang mengeluarkan kata-kata tidak senonoh terhadap golongan wanita.

- AFP

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan