Amaran Tsunami Susulan Gempa Bumi 7.8 Magnitud Di New Zealand

Diterbitkan: Ahad, 13 November 2016 9:35 PM

(Ubah saiz teks)

SATU gempa bumi kuat 7.8 magnitud yang menggegarkan New Zealand awal Isnin mungkin akan menyebabkan tsunami, demikian menurut Pusat Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat.

Ia turut menyebabkan gangguan bekalan elektrik dan perkhidmatan komunikasi.

Gempa bumi yang berlaku kali ini pada mulanya berada pada kedudukan 7.4 magnitud namun terus meningkat.

Ia berlaku hanya kira-kira 10 kilometer ke dalam dan mampu dirasai di sebahagian besar negara ini.



Gegaran utama yang berlaku diikuti oleh beberapa siri gempa susulan dan terdapat laporan bangunan rosak di bandar kecil di Cheviot berhampiran pusat gempa.

"Ia sangat kuat dan berlaku secara berpanjangan ," kata Tamsin Edensor, ibu kepada dua anak di Christchurch.

Wanita berkenaan membayangkan kepada AFP bahawa gempa bumi kali ini adalah yang terbesar sejak gegaran maut yang berlaku pada 2011.

Sementara itu menerusi mesej ringkas di Twitter, Perdana Menteri, John Key berkata: "Saya harap semua orang selamat selepas gempa bumi malam ini."

Perkhidmatan ambulans berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kecederaan berkaitan gempa.

Walau bagaimanapun, organisasi pertahanan awam negara yang bertanggungjawab dalam pengurusan kecemasan New Zealand berkata situsi itu mungkin bakal menyebabkan tsunami.

Tags / Kata Kunci: Tsunami , Christchurch , New Zealand

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan