Abu Sayyaf Mengganas Lagi, Culik Enam Kru Kapal Kargo Vietnam

Diterbitkan: Sabtu, 12 November 2016 10:47 AM

(Ubah saiz teks)

MANILA: Enam kru kapal kargo Vietnam menjadi mangsa terkini kumpulan lelaki bersenjata dipercayai militan Abu Sayyaf di perairan selatan Filipina.

Dalam kejadian di awal pagi Jumaat itu, penculik itu juga menembak seorang lagi mangsa.

Ketika diserang, kapal kargo Royal 16 yang membawa 19 kru dalam pelayaran dari pelabuhan Hai Phong itu dalam perjalanan ke Indonesia.

Menurut laporan akhbar Vietnam, Tuoi Tre, kapal itu telah menghantar isyarat kecemasan pada jam 3.31 pagi (waktu tempatan) dari satu lokasi kira-kira 18 kilometer dari pulau Basilan di Filipina.

Jurucakap pengawal pantai Filipina, Jerome Cayabyab berkata, 10 lelaki bersenjata memintas kapal itu yang sedang berlayar di Selat Basilan.

“Kumpulan lelaki itu menculik enam kru dan menembak seorang lagi mangsa yang cuba melarikan diri.

“Keadaan kru kapal yang ditembak itu stabil dan mangsa kini dirawat di hospital,” katanya.

Menurutnya, enam kru yang diculik itu dibawa menaiki beberapa bot laju dan dibawa ke lokasi rahsia.

“Setakat ini kami belum menerima sebarang tuntutan daripada penculik,” jelasnya.

Ini adalah kejadian penculikan kedua dalam tempoh seminggu selepas militan Abu Sayyaf menculik seorang pelayar warga Jerman dan membunuh isteri mangsa berhampiran pulau Basilan pada Isnin lalu.

Kejadian terbaru itu berlaku beberapa jam selepas pemimpin Filipina dan Malaysia bersetuju meningkatkan kerjasama keselamatan maritim di sempadan masing-masing bagi mengekang aktiviti lanun.

Abu Sayyaf sebelum ini aktif menculik pelancong warga asing sebelum beralih kepada kru bot pukat tunda dan kapal termasuk warga Malaysia di perairan selatan Filipina bagi menuntut wang tebusan.

Tags / Kata Kunci: Abu Sayyaf , Filipina , Vietnam , Royal 16

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan