Clinton Ditemui Pengundi Yang Mendaki Kerana Kecewa Dengan Keputusan Pilihan Raya

Diterbitkan: Jumaat, 11 November 2016 3:44 PM

Margot Gerster bersama anaknya, Phoebe, sempat bergambar dengan Hillary Clinton. -fotoFB Margot Gerster

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Hillary Clinton telah dilihat buat kali pertama sejak memberikan ucapan konsesi beliau Rabu lalu.

Margot Gerster telah terserempak dengan Hillary dan suaminya Bill ketika mendaki di Chappaqua, New York, sehari selepas calon Demokrat itu kalah dalam pilihan raya presiden.

Pasangan suami isteri itu telah tinggal di Chappaqua, sebuah bandar di utara bandar New York selama hampir 17 tahun, menurut laman web media Mashable.com.

Hillary, 69, nampak tenang dan berseri-seri, Gerster memberitahu CNN pada Khamis.

Dalam gambar yang disiarkan di laman Facebook Gerster, Hillary dilihat tersenyum ketika bergambar dengan penduduk dari White Plains, yang mendaki bersama anak perempuannya, Phoebe, 13 bulan dan anjing mereka, Piper.

Gambar itu telah diambil oleh Bill.

Gerster berkata beliau membawa anak perempuannya berjalan-jalan kerana 'begitu kecewa' dengan keputusan pilihan raya presiden.

"Ketika mahu pulang, saya terdengar bunyi datang ke arah saya dan ketika saya melangkah saya dengan jelas dapat melihat Hillary Clinton dan Bill bersama anjing mereka melakukan perkara yang sama seperti saya.

"Saya dapat memeluk beliau, bercakap dengannya dan memberitahunya bahawa salah satu detik yang paling membanggakan saya sebagai seorang ibu adalah ketika membawa Phoebe mengundi beliau.

"Beliau memeluk saya dan mengucapkan terima kasih kepada saya dan kemudian saya membiarkan mereka terus berjalan," katanya.
Tags / Kata Kunci: Hillary Clinton , Margot Gerster

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan