Revolusi Kebangkitan Arab Cetus Kerugian RM2.63 Trilion

Diterbitkan: Jumaat, 11 November 2016 3:27 PM

Perang di Syria masih berlanjutan lebih lima tahun susulan revolusi Kebangkitan Arab pada 2011. - GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

GENEVA: Fenomena Kebangkitan Arab pada 2011 telah merencatkan pertumbuhan ekonomi dengan anggaran sebanyak AS$614 bilion (RM2.63 trilion) disebabkan faktor pertukaran kerajaan, konflik berterusan dan kejatuhan harga minyak.

Laporan itu dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sosial dan Ekonomi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Asia Barat (ESCWA), menyamai enam peratus Keluaran Dalam Negara (GDP) pada hujung tahun lalu, berdasarkan jangkaan pertumbuhan yang dibuat sebelum revolusi tersebut bermula.

ESCWA menyiarkan laporan itu pada Khamis, sekali gus merupakan anggaran pertama yang dikeluarkan oleh agensi badan dunia itu.

Pada Disember 2010, tunjuk perasaan secara besar-besaran tercetus di Tunisia dan merupakan siri pertama revolusi digelar sebagai Kebangkitan Arab yang menyaksikan empat pemimpin ditumbangkan selain konflik berterusan di Yemen, Syria dan Libya.

Selepas enam tahun, Syria sahaja mengalami kemerosotan GDP dan kerugian pendapatan sebanyak AS$259 bilion (RM1.1 trilion) sejak 2011.

Harga minyak mula menurun pada pertengahan tahun 2014 dan mencecah paras terendah dalam tempoh 13 tahun pada Januari lalu, sekali gus memberi kesan kepada negara pengeluar seperti Arab Saudi dan beberapa negara Teluk yang lain.

Bagi Pengarah Pembangunan Ekonomi ESCWA, Mohamed el Moctar Mohamed el Hacene, penurunan harga minyak boleh memberi manfaat kepada negara pengeluar.

"Mereka akan melakukan pembaharuan ekonomi yang menjurus keadan kepelbagaian sumber pendapatan," katanya.

Sementara itu, Moctar menegaskan rantau Arab terutamanya yang terjejas akibat revolusi itu memerlukan sokongan kewangan dari masyarakat dunia.

"Kita telah melihat bagaimana benua Amerika Latin, Eropah Timur dan Balkans mendapat sokongan untuk pulih selepas konflik.

"Kita masih belum dapat lihat sokongan yang sama di rantau Arab," katanya.

Tags / Kata Kunci: Kebangkitan Arab , ESCWA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan