Kempen Guna Botol Minuman Cari Kanak-Kanak Hilang

Diterbitkan: Jumaat, 11 November 2016 4:13 PM

Maklumat enam kanak-kanak yang hilang dicetak pada botol minuman untuk perhatian orang ramai. - Ihsan Dzwww.com

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Sebuah syarikat produk minuman tampil dengan idea yang unik apabila mengeluarkan botol minuman edisi khas yang tertera maklumat tentang kanak-kanak hilang di China.

Syarikat yang tidak dinamakan itu berharap maklumat sedemikian boleh meningkatkan tahap kesedaran orang ramai tentang bahaya sindiket penyeludupan manusia selain membantu kanak-kanak malang terbabit pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.

Kempen itu dilancarkan bersama oleh syarikat tersebut dan laman web Baobeihuija.com. platform dalam talian yang terkenal dalam usaha mencari kanak-kanak hilang.

Di botol berkenaan, tertera gambar dan maklumat peribadi enam kanak-kanak yang hilang sejak 2003 dan paling terbaharu pada 2012.

Penduduk yang memiliki maklumat tentang kanak-kanak terbabit boleh menghubungi pihak berkuasa menerusi nombor telefon yang disediakan pada botol itu.

"Ibu bapa kanak-kanak yang hilang itu bertemu kami untuk meminta kebenaran menyiarkan berita tentang kehilangan tersebut.

"Setakat ini kami telah menghasilkan 500,000 botol edisi khas yang dijual di pasar raya, lapangan terbang dan stesen kereta api.

"Kumpulan pertama produk ini akan dikekalkan di pasaran selama setahun dan sebarang maklumat terbaharu tentang kes kehilangan kanak-kanak akan dicetak pada produk kami," kata pengurus syarikat itu yang hanya dikenali sebagai Wang.

Bagaimanapun tiada maklumat berguna diterima oleh pihaknya berhubung nasib enam kanak-kanak terbabit.

Pertubuhan bukan kerajaan di China memainkan peranan penting dalam mengatasi sindiket penyeludupan manusia di negara itu.

Baobeihuijia.com telah membantu 1,704 kanak-kanak untuk bertemu dengan keluarga mereka semula manakala 31,125 keluarga mendaftar dalam laman web tersebut untuk mencari anak mereka.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan