Ketua Jurugambar Abadi Kenangan Dua Juta Keping Gambar Obama

Diterbitkan: Jumaat, 11 November 2016 6:44 PM

Pete Souza

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama bakal meninggalkan White House pada Januari depan untuk digantikan dengan wakil Parti Republikan, Donald Trump.

Namun disebalik pemergiannya itu, beliau meninggalkan kenangan yang cukup yang dipotretkan oleh Ketua Jurugambar Rasmi White House, Pete Souza selepas Obama memegang tampuk pemerintahan selama dua penggal iaitu lapan tahun.

Souza telah mengambil kira-kira dua juta gambar Obama dalam apa jua keadaan tidak kira ketika Presiden sedang berehat bersama keluarga, duduk berseorangan atau sedang makan.

Dalam kesemua gambar tersebut, Souza mendedahkan 55 foto kegemarannya termasuk aksi romantik Obama bersama isterinya, Michelle dan aksi manja beliau menemui kanak-kanak.

"Tugas ini merupakan rutin harian kepada saya. Namun saya sering terfikir setiap hari bahawa sebenarnya saya sedang menyaksikan sejarah.

"Saya fikir Obama akan diingati dalam sejarah sebagai Presiden yang hebat, begitu juga pentadbirannya.

"Peluang untuk berada dekat bersamanya merupakan pengalaman yang cukup hebat," katanya dalam wawancara bersama NPR.

Beliau mengumpulkan kesemua gambar kegemarannya itu menerusi laman web Twisted Sifter dan berikut antara 10 gambar paling digemari Souza.


http://twistedsifter.com/2016/07/pete-souza-white-house-photog-favorite-obama-photos/

 


Tags / Kata Kunci: Barack Obama

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan