Tujuh Maut Dalam Insiden Trem Tergelincir - Berita Dunia | mStar

Tujuh Maut Dalam Insiden Trem Tergelincir

Diterbitkan: Khamis, 10 November 2016 8:20 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Sekurang-kurangnya tujuh maut manakala 50 lagi cedera apabila sebuah trem tergelincir dari landasan dekat sini.

Insiden berlaku kira-kira pukul 6.10 pagi waktu tempatan di Croydon, selatan London.

Pemandu trem berusia 42 tahun dari Beckenham ditahan kerana disyaki membunuh tanpa niat.

Polis Pengangkutan British berkata mereka sedang menyiasat sama ada pemandu trem terbabit tertidur semasa bertugas.

Biro Siasatan Kemalangan Kereta Api (RAIB) berkata trem itu bergerak pada kelajuan yang melampau.

Timbalan Ketua Konstabel, Adrian Hanstock berkata: "Kami boleh mengesahkan sekurang-kurangnya tujuh terkorban dalam kemalangan ini."

"Pegawai kami sedang mengenal pasti identiti mereka dan menyediakan penjagaan dan sokongan kepada keluarga mangsa," katanya.

Tags / Kata Kunci: kemalangan trem , London
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan