Trump Jumpa Obama Di White House

Diterbitkan: Khamis, 10 November 2016 9:16 AM

(Ubah saiz teks)

DONALD Trump akan bertemu Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama di White House pada Khamis untuk membincangkan mengenai peralihan kuasa.

Trump calon Parti Republikan menewaskan pencabarnya Hillary Clinton (Parti Demokrat) pada Pilihan Raya Presiden AS akan mengadakan perbincangan dengan Barack di Pejabat Oval kira-kira pukul 11 pagi waktu tempatan.

Pertemuan itu merupakan detik bersejarah membabitkan kedua-dua individu berpengaruh berkenaan yang sebelum ini lantang mengkritik antara satu sama lain.

Obama antara yang berkempen kuat untuk Clinton yang merupakan bekas setiausaha negara itu pada minggu terakhir kempen pilihan raya.

Menurut Obama, beliau berbangga dengan kebolehan Clinton dan kempen pilihan rayanya.

"Pencalonan beliau adalah satu sejarah dan menghantar mesej kepada anak-anak perempuan kita di seluruh negara ini bahawa mereka boleh berjaya dan mencapai kejayaan di peringkat tertinggi," kata Obama.

Baru-baru ini, Trump mendakwa Obama sebagai 'pengasas' kumpulan pengganas IS.

Obama akan menyerahkan kuasa presiden kepada Trump secara rasmi pada 20 Januari depan.

Tags / Kata Kunci: Donald Trump , Barack Obama

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan