Jaket Ala Jokowi Umpama 'Goreng Pisang Panas'

Diterbitkan: Khamis, 10 November 2016 11:11 AM

(Ubah saiz teks)

JAKET yang dipakai Joko Widodo ketika berucap hujung minggu lalu selepas tunjuk perasaan anti Ahok di Jakarta kini semakin popular di kalangan rakyat negara itu.

Ia diakui beberapa pembekal barangan di Pasar Tanah Abang di Jakarta pusat.

Ucapan Jokowi pada lewat Jumaat malam itu disiarkan menerusi televisyen dan ditonton penduduk seluruh pelusuk Indonesia yang mengikuti perkembangan insiden yang bertukar ganas itu.

Bagaimanapun, bukan kata-kata yang dilontarkan Jokwi mendapat perhatian ramai, termasuk netizen, sebaliknya apa yang dipakainya lebih menyerlah pada malam itu - jaket khaki.

Malahan, hashtag berkaitan jaket itu juga digunakan dengan meluas dan hanya beberapa minit ia menjadi topik yang trending di Twitter.

Penjual secara dalam talian dan premis fesyen juga mendapat permintaan tinggi untuk memiliki jaket yang asalnya direka untuk pilot pasukan tentera.

Seorang pembekal di Pasar Tanah Abang yang enggan dikenali berkata, orang ramai pelbagai usia bertanyakan jaket seperti yang dipakai presiden itu sejak Sabtu lalu.

"Ramai yang datang ke kedai bertanyakan jaket itu, malangnya ketika itu kami tidak menjualnya," katanya.

Seorang lagi pekedai, Tina pula berkata, dia menjual lebih 12 jaket khaki berbanding hanya dua dalam sehari sebelum ia menjadi viral di media sosial.

"Sudah lama kami menjualnya tetapi sebelum ini ia tidak sepopular sekarang," kata wanita berusia 33 tahun ini sambil menambah jaket itu dijual pada harga Rp150,000 (RM45) sehelai.

Situasi sama berlaku di Pusat Membeli-Belah Bandar Senayan di selatan Jakarta apabila ramai yang berkunjung ke premis Zara Fashion kecewa apabila busana itu telah habis dijual.

Seorang wanita berusia 54 tahun merancang membeli jaket itu untuk suaminya supaya dia dapat bergaya ala Presiden Jokowi.

Pengurus Zara Fashion, Bachtiar pula berkata, jaket seperti itu dijual pada harga Rp899,000 (RM270) bermula Sabtu lalu dan orang ramai perlu menunggu seminggu lagi untuk mendapatkan stok.





Tags / Kata Kunci: Jokowi , Ahok , jaket khaki , Tanah Abang

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan