Palam Elektrik Melekat Di Kepala Budak

Diterbitkan: Khamis, 10 November 2016 9:59 AM

Palam elektrik menembusi bahagian kiri kepala Chen Chen dan terpaksa menjalani pembedahan selama tiga jam. - Ihsan MAIL ONLINE

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Seorang kanak-kanak di China mengalami detik-detik mengerikan apabila kepalanya ditembusi palam elektrik akibat terjatuh dari katil.

Budak berusia dua tahun itu yang digelar sebagai Chen Chen (bukan nama sebenar), bermain di rumahnya di Guangzhou apabila tragedi itu berlaku pada Sabtu lalu.

Doktor berjaya mengeluarkan palam itu dari kepalanya selepas menjalankan pembedahan selama tiga jam.

Menurut laporan portal xkb.com, Chen Chen bermain di atas katil kira-kira pukul 11 pagi pada 5 November lalu sebelum hilang kawalan akibat terpijak bola plastik dan terjatuh dari katil.

Gambar X-Ray yang menunjukkan pin palam elektrik menembusi kepala Chen Chen sehingga ke bahagian otak. - Ihsan Mail Online

Namun dia kurang bernasib baik apabila kepalanya terjatuh di atas palam elektrik yang menembusi bahagian kiri kepalanya.

Doktor yang melakukan pembedahan tersebut berkata, tiga pin besi palam itu turut menembusi bahagian otak Chen Chen dan pihaknya perlu mengambil masa yang lama bagi mengeluarkan objek itu.

Keadaan kanak-kanak itu dilaporkan stabil dan dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh dua minggu lagi.

Tags / Kata Kunci: Palam Elektrik

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan