Wajah Mengantuk Anak Bongsu Trump Tarik Perhatian Netizen

Diterbitkan: Khamis, 10 November 2016 5:52 PM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Donald Trump mungkin telah memecahbelahkan Amerika, tetapi anak lelakinya yang berusia 10 tahun berjaya mencuri hati warga Internet kerana kelihatan bersemangat untuk terus berada di pentas semasa bapanya menyampaikan ucapan kemenangan.

Barron Trump, satu-satunya anak Presiden Amerika Syarikat (AS) berusia 70 tahun itu bersama isteri ketiganya Melania dilihat menggosok mata dan tersengguk-sengguk namun cuba untuk berdiri di sebelah bapanya pada awal pagi Rabu.

"Kami merasakan kesakitan anda Barron!" tulis Mashable bersama paparan skrin yang menunjukkan aksi kanak-kanak itu.

"Dalam ucapan kemenangan Donald Trump, ketika beliau berkata, 'Kita akan bermimpi untuk negara kita,' anaknya mungkin sebenarnya telah bermimpi," kata USA Today.

Pengguna Twitter, Joel Rubin berjenaka: "Satu-satunya perkara yang baik dalam ucapan ini adalah melihat Barron Trump sangat berusaha untuk berjaga."

Selaian itu ada juga jenaka yang meminta supaya Barron diberikan minuman Red Bull.

Pengguna Twitter, Transviolet nampaknya telah menulis bagi mewakili banyak pihak yang berjaga sehingga pukul 3 pagi bagi menonton drama kemenangan Trump.

"Kita semua seperti Barron Trump", tulis Transviolet di Twitter.

Twit itu telah diulang twit lebih daripada 7,000 kali dan menerima lebih daripada 11,000 'like'.

The Telegraph menyatakan bahawa ia bukan kali pertama anak bongsu Trump itu cuba untuk berjaga ketika bapanya berkempen di seluruh negara. -Berita Harian / Asia News Network

Tags / Kata Kunci: Donald Trump , Barron Trump

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan