NATO Kerah 300,000 Tentera Hadapi Ancaman Rusia

Diterbitkan: Selasa, 8 November 2016 12:41 PM

ANGGOTA Pasukan Keselamatan Kosovo menyertai latihan bersama tentera NATO di kampumng Nashec dekat pekan Prizren pada 27 Oktober 2016. - AFP

(Ubah saiz teks)

BRUSSELS: Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mengerahkan kira-kira 300,000 anggota tentera untuk bersiap-sedia menghadapi kemungkinan serangan Rusia ke atas negara-negara Barat.

Arahan itu dikeluarkan selepas hubungan antara Rusia dan Barat semakin tegang sejak tahun lalu apabila Moscow secara konsisten menyokong sekutunya, Syria walaupun tindakan itu dibantah oleh Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis.

Kebanyakan negara anggota NATO mengurangkan perbelanjaan ketenteraan masing-masing sejak kejatuhan Kesatuan Soviet pada 1991 tetapi Rusia tidak berdepan masalah untuk memperkukuhkan keupayaan tenteranya dengan mengadakan perarakan melibatkan lebih 100,000 askar pada setiap tahun.

Ketegangan antara kedua-dua pihak semakin memuncak apabila pada 2008, Rusia mengerahkan tentera menceroboh Georgia tetapi AS membalas dengan menyokong kumpulan anti-Moscow di Ossetia Selatan dan Abkhazia.

Kemudian pada 2014, Rusia berjaya mempengaruhi Crime untuk berpisah daripada Ukraine dan beberapa wilayah di timur negara tersebut masih bergolak akibat konflik antara pemberontak pro-Moscow dan tentera kerajaan Ukraine.

Susulan perkembangan tersebut, Setiausaha Agung NATO, Jeneral Jens Stoltenberg memberitahu akhbar The Times baru-baru ini, negara anggota pertubuhan itu seperti Estonia, Poland dan Romania menyuarakan kebimbangan terhadap ancaman Rusia.

Stoltenberg berkata, NATO juga menyedari tindakan Rusia menggunakan propaganda di Eropah dalam kalangan sekutu NATO dan disebabkan itu pihaknya melakukan persiapan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

"Kerahan kira-kira 300,000 askar ini merupakan yang terbesar bagi tujuan pertahanan sejak Perang Dingin berakhir.

"NATO juga memantau keupayaan Rusia yang semakin meningkat setiap tahun termasuk dari segi perbelanjaannya, pembangunan teknologi baharu, latihan dan operasi ketenteraan ke atas negara jiran," katanya.

Kereta kebal baharu Rusia, Armata menyertai perarakan ketenteraan di Dataran Merah dekat Moscow pada 9 Mei 2015. - AP

Bagaimanapun wakil tetap NATO dari Britain, Sir Adam Thomson berkata, tempoh enam bulan untuk pelaksanaan kerahan secara besar-besaran itu, dilihat sangat lambat.

Jelasnya, berdasarkan sumber risikan tentera Britain, Rusia kini memiliki kereta kebal yang canggih iaitu Armata untuk menyaingi aset milik NATO.

"Kereta kebal baharu Rusia itu merupakan satu revolusi dan kerajaan Britain gagal mencari jalan untuk mengatasi ancaman tersebut," katanya.

Sementara itu, Presiden Rusia, Vladimir Putin baru-baru ini menjelaskan, Moscow tidak akan menyerang mana-mana negara di sebalik kehadiran tenteranya berdekatan kawasan Eropah.

"Rusia sentiasa mementingkan kebebasan dan identiti sendiri.

"Kami tidak mahu mendominasi dunia atau meluaskan pengaruh atau berkonfrontasi dengan mana-mana negara," katanya.

Beliau memberi jaminan itu selepas Rusia melancarkan kapal selam baharu berkeupayaan tinggi dan sukar dikesan radar yang akan dikerah ke Laut Hitam.

Bulan lalu, Putin mengerahkan sebuah kapal pengangkut pesawat di Laut Mediterranean untuk menyokong rejim Syria memerangi kumpulan penentang.

Tags / Kata Kunci: Rusia , NATO

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan