"Saya Tidak Akan Lindung Ahok" - Jokowi

Diterbitkan: Selasa, 8 November 2016 6:25 PM

Joko Widodo. -fotoREUTERS

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Presiden Joko Widodo pada Selasa menegaskan beliau tidak akan melindungi Basuki Tjahaja Purnama dan mahu siasatan terhadap Gabenor Jakarta itu dilakukan secara tegas dan terbuka.

"Saya tidak akan melindungi saudara Basuki Tjahaja Purnama kerana sudah masuk pada proses hukum," katanya seperti dipetik media dalam talian selepas mengadakan perjumpaan dengan Pejabat Pusat Dakwah Muhammadiyah di sini, Selasa.

Presiden Republik Indonesia itu yang lebih dikenali sebagai Jokowi berkata beliau telah mengarahkan Ketua Polis Negara Tito Karnavian supaya melakukan siasatan secara terbuka agar tidak timbul sebarang prasangka dalam kalangan rakyat.

Katanya siasatan terhadap Basuki, yang lebih dikenali sebagai Ahok, sudah bermula dan semua pihak harus memberi kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara telus dan tegas.

Basuki akan bertanding atas tiket parti PDI-P bagi mempertahan jawatan Gabenor Jakarta pada pilihan raya ketua daerah (Pilkada) Februari tahun depan.

Hubungan Jokowi, yang juga anggota parti pimpinan Megawati Soekarno Putri, dengan Ahok dikatakan sangat akrab.

Ketika Jokowi menyandang jawatan Gabenor Jakarta, Ahok adalah naib gabenor.

Ahok adalah satu-satunya calon bukan beragama Islam dan beliau dicabar dua calon lain iaitu Anies Baswedan dan Agus Harimurti Yudhoyono dalam perebutan jawatan Gabenor itu.

Ketika kempennya di Pulau Seribu bulan lepas, Ahok dikatakan meminta umat Islam supaya tidak terpedaya dengan pihak menggunakan Surah Al Maidah dalam Al-Quran yang mengingatkan umat Islam supaya tidak memilih orang bukan Islam menjadi pemimpin mereka.

Bagaimanapun, beliau menafikannya dan mendakwa difitnah dengan menyatakan  rakaman video ucapannya diubah suai dan dipotong bagi menimbulkan kontroversi.

Lebih 7.4 juta warga Jakarta layak mengundi untuk memilih Gabenor dan naibnya pada Pilkada yang dijadulakan berlangsung 20 Feb depan.
Tags / Kata Kunci: Jokowi , Ahok , Joko Widodo , Surah Al Maidah

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan