Clinton Selesai Buang Undi

Diterbitkan: Selasa, 8 November 2016 11:55 PM

-fotoAFP

(Ubah saiz teks)

CHAPPAQUA: Calon Presiden Amerika bagi parti Demokrat, Hillary Clinton selesai membuang undi di kawasan kejiranannya di New York.

Rakyat Amerika pada Selasa akan membuat keputusan sama ada mahu menjadikan beliau sebagai presiden wanita pertama atau memilih hartawan terkenal, Donald Trump sebagai presiden mereka.


Seramai 150 penyokongnya bersorak ‘Puan Presiden’, menceriakan calon Demokrat itu yang turun mengundi bersama suaminya Bill Clinton di sebuah sekolah berhampiran rumah mereka di Chappaqua.


“Saya sangat gembira, terlalu gembira. Semua rakan dan jiran yang ceria menjadikan saya terlalu gembira,” kata Clinton sambil tersenyum dan berjalan keluar dari pusat pengundian, bersalaman, bermesra dan berbual dengan orang ramai. 

Clinton memberitahu wartawan perasaannya selepas mengundi, menyifatkannya sebagai 'rasa rendah diri' mengundi untuk dirinya, negara dan demi jawatan tertinggi negara.


“Saya sedar tanggungjawab yang menanti sangat besar dan begitu ramai orang menunggu keputusan pilihan raya ini, sesuatu yang bermakna kepada negara kita.

“Saya akan lakukan yang terbaik, jika saya ditakdirkan menang hari ini, ” katanya.

Trump dijangka akan mengundi di kediamannya, kemudian, di Manhattan.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan