Budak Perempuan Nyaris Maut Dihempap Pintu Kaca

Diterbitkan: Selasa, 8 November 2016 11:06 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun nyaris maut dihempap pintu kaca di sebuah pusat beli-belah di China baru-baru ini.

Menurut laporan portal berita iFeng, kejadian itu berlaku di kompleks Dataran Ji Jia South China Sea dekat Foshan kira-kira pukul 4 petang.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kanak-kanak itu yang dipercayai ditemani oleh neneknya, pada awalnya dilihat memasuki pasar raya tersebut.

Namun selepas melewati pintu masuk, kanak-kanak itu berada agak jauh dari penjaganya dan tidak menyedari pintu kaca terbabit terjatuh secara tiba-tiba.

Neneknya tidak sempat berbuat apa-apa ketika pintu kaca itu menghempap cucunya, tetapi kanak-kanak berkenaan bernasib baik kerana tidak maut ekoran kejadian tersebut.

Dia pengsan akibat dihempap pintu kaca itu dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut yang mendapati tulang tengkoraknya mengalami beberapa keretakan.

Bagaimanapun keadannya dilaporkan stabil dan pihak polis masih menyiasat kejadian tersebut.


Sumber berita: http://www.dailymail.co.uk/news/article-3912602/Horror-huge-glass-door-comes-crashing-tiny-three-year-old-girl-miraculously-SURVIVES.html

Tags / Kata Kunci: Pintu Kaca , Hempap

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan