Angkut Mayat Isteri Sejauh 114 Kilometer

Diterbitkan: Selasa, 8 November 2016 10:35 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Sukar untuk menggambarkan perasaan apabila melihat pengorbanan seorang lelaki di India yang sanggup mengangkut mayat isterinya sejauh 114 kilometer dari hospital ke kampungnya kerana dia tidak mampu membayar perkhidmatan ambulans.

Kejadian itu yang dirakamkan pada Isnin, menunjukkan lelaki yang hanya dikenali sebagai Ramulu, meminta simpati orang ramai untuk membantunya apabila dia tidak larat untuk meneruskan perjalanan selepas menempuh jarak 59 kilometer menuju kampung isterinya, Kavitha yang meninggal dunia akibat penyakit kusta.

Ramulu hanya memiliki wang sebanyak RM63 sahaja dan tidak mampu membiayai kos ambulans sebanyak RM314 bagi menghantar mayat isterinya untuk dikebumikan di kampung di daerah Medak.

Walaupun orang ramai pada mulanya sangsi dengan Ramulu, tetapi mereka menyedari lelaki itu tidak lagi mampu berdiri selepas semalaman berjalan dan mengalami keletihan.

Orang ramai kemudiannya mengumpulkan duit untuk membiayai kos ambulans sekali gus membantu Ramulu meneruskan perjalanan untuk mengkebumikan mayat isterinya.

Polis yang berada di lokasi kejadian mengesahkan Ramulu tidak mempunyai wang yang cukup untuk mendapatkan perkhidmatan ambulans.

"Dia menggunakan troli buatan sendiri untuk mengangkut mayat isterinya dan berjalan kaki sehingga Vikarabad," kata polis itu yang enggan dikenali.

http://www.dailymail.co.uk/news/article-3914714/Heartbroken-leper-tried-carry-dead-wife-90-miles-proper-burial-couldn-t-afford-ambulance.html

 

Tags / Kata Kunci: India , Mayat Isteri

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan