Wanita Lerai Salah Faham Antara Pelancong Amerika - Cina Di Lapangan Terbang Paris

Diterbitkan: Isnin, 7 November 2016 11:13 PM

Nuradillah Zakbah

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Seorang wanita warga Singapura telah menggunakan kemahiran bahasanya dengan menjadi pengantara dalam satu insiden salah faham melibatkan seorang lelaki Amerika Afrika dan sekumpulan pelancong Cina di Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Perancis, Sabtu lalu.
 
Nuradillah Zakbah, 31, berada di Paris untuk transit selama tujuh jam, ketika dalam perjalanan ke Portugal di mana beliau akan menghadiri satu persidangan. Beliau bekerja sebagai ahli teknologi kreatif di sebuah agensi pengiklanan.

Beliau sedang berbaris di hadapan seorang pelancong Amerika Afrika dan sekumpulan pelancong Cina di kaunter imigresen apabila beliau mendengar kekecohan di belakangnya.

"Apabila saya menoleh ke belakang, lelaki Amerika Afrika yang agak tinggi itu memberi isyarat mata kepada saya dan berkata 'bolehkah anda percaya ini?'. Kumpulan ini baharu saja memanggil saya 'n**ger'," beliau memberitahu The Straits Times.

Kumpulan pelancong Cina itu yang terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita, hairan mengapa mereka dimarahi, dan kedua-dua pihak mula bertengkar sesama sendiri, katanya.

"Dan seorang lelaki yang saya agak sebagai datuk kepada kumpulan itu menuding jari dan menjerit kembali kepada lelaki Amerika itu," katanya.

"Ketika itulah saya menyedari bahawa pelancong Cina itu telah menyebut perkataan 'na ge' dalam Mandarin beberapa kali dalam perbualan mereka, yang berbunyi seperti perkataan 'n**ger'. Pelancong Amerika itu mungkin telah salah faham dengan mereka."

Nuradillah yang berketurunan Melayu, memberitahu The Straits Times bahawa campur tangan pada masa itu dibuat tanpa dirancang.

"Saya menjelaskan kepada lelaki itu bahawa dia telah salah faham dan terpaksa menjelaskan kepadanya bahawa saya faham sedikit bahasa Mandarin dan tahu bahawa mereka telah menyebut 'na ge', bukan memanggilnya dengan istilah menghina," katanya kepada The Straits Times.

Beliau juga menjelaskan salah faham yang berlaku kepada kumpulan pelancong Cina itu dalam bahasa Mandarin 'rojak' dengan sehabis baik. Beliau meminta mereka memaafkan lelaki itu.

Selepas campur tangan beliau, kedua-dua pihak sedikit malu, berjabat tangan dan memohon maaf.

Beliau juga menjelaskan kepada seorang pengawal keselamatan lapangan terbang dengan bahasa Perancis 'rojak' bahawa kejadian itu hanyalah satu salah faham.

Di mana Nuradillah mempelajari kemahiran bahasa?

"Saya belajar bahasa Cina daripada rakan-rakan yang membesar bersama, membaca sari kata di drama Channel 8 dan mengambil kursus asas Mandarin ketika berusia 18 tahun sebagai persediaan untuk berkerja ketika itu," katanya.

Nuradillah pada Sabtu telah menceritakan tentang kejadian itu dalam posting di Facebook dan menerima banyak komen yang memuji tindakan beliau.

Melalui episod ini, Nuradillah juga menyedari kepentingan hidup dalam masyarakat pelbagai budaya.

"Saya fikir ia satu perkara yang menyenangkan apabila dapat membantu orang lain sebagai seorang rakyat Singapura. Saya amat berterima kasih dengan kehidupan saya dan dapat membesar di tempat yang mendedahkan saya kepada kepelbagaian budaya dan bahasa," katanya. -The Straits Times/Asia News Network.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan