Anak Koala Ditemui Dalam Beg Seorang Wanita

Diterbitkan: Isnin, 7 November 2016 6:19 PM

-fotoAFP/Polis Queensland

(Ubah saiz teks)

SYDNEY: Polis Australia menjumpai seekor anak koala di dalam beg seorang wanita yang ditemui di tepi jalan.

Wanita berusia 50 tahun itu telah mengejutkan pegawai polis di Brisbane apabila beliau mendedahkan tentang makhluk yang berada di dalam beg kanvasnya.

"Dengan keadaan tidak percaya apabila melihat telinganya, pegawai-pegawai membuka zip beg itu dan menemui koala jantan comel ini," kata polis Queensland.

"Koala itu dipercayai berusia kira-kira enam bulan dan nampak sihat, walaupun sedikit dehidrasi."

Wanita itu mendakwa beliau telah menemui haiwan itu yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Alam, pada malam Sabtu dan telah menjaga sejak itu.

Ia telah diserahkan kepada RSPCA, sebuah pertubuhan amal perlindungan haiwan, yang menamakannya sebagai Alfred.

"Koala itu berada dalam keadaan baik dan tidak lama akan dikeluarkan untuk diberikan kepada penjaga," kata jurucakap RSPCA Michael Beatty.

Wanita itu kemudiannya telah ditahan, kata polis.

Koala yang menjadi haiwan kesayangan ramai ini berada di bawah ancaman semakin meningkat di seluruh Australia dalam beberapa dekad kebelakangan ini, terutamanya akibat kehilangan habitat, penyakit, serangan anjing dan kebakaran belukar.
Tags / Kata Kunci: anak koala , polis Australia

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan