The Brunei Times Henti Operasi Akhbar

Diterbitkan: Isnin, 7 November 2016 11:30 AM

(Ubah saiz teks)

AKHBAR The Brunei Times melabuhkan tirainya selepas 19 tahun beroperasi.

Pengumuman itu dibuat pada muka depan akhbar berkenaan pada Ahad.

"Edisi berbahasa Inggeris hari ini (Ahad) adalah yang terakhir," demikian disiarkan akhbar itu.

Sejak Julai lalu, akhbar itu ditawarkan percuma selepas mengubah format pengeluarannya kepada saiz tabloid.

Penutupan operasi akhbar berkenaan akan mengakibatkan kira-kira 130 orang kehilangan pekerjaan.

Bagaimanapun, laman web dan media sosial akhbar itu tidak memaklumkan mengenai perkara itu.-Bangkok Post

Tags / Kata Kunci: Brunei Times

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan