Dadah: Datuk Bandar Filipina Kedua Mati Ditembak

Diterbitkan: Ahad, 6 November 2016 10:17 AM

Espinosa mati ditembak di penjara ketika polis menggeledah sel selepas mendapat maklumat ada pihak menyeludup senjata api.

(Ubah saiz teks)

MANILA: Datuk Bandar Albuerta yang kini dipenjara selepas didakwa Presiden Filipina, Rodrigo Duterte terlibat dalam pengedaran dadah mati ditembak ketika dalam tahanan pada Sabtu.

Rolando Espinosa yang bertugas di tengah Pulau Leyte adalah pegawai kanan tempatan kedua dibunuh kerana pembabitannya dalam aktiviti dadah.

Espinosa dipenjara selepas menyerah diri kerana bimbang dengan keselamatan diri dan keluarganya.

Dalam kejadian tembak menembak itu, Espinosa telah bertindak menembak anggota polis yang sedang menggeledah penjara bagi mencari senjata api yang dipercayai diseludup ke dalam sel.

“Beliau melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang sedang menggeledah. Mereka kemudian membalas tembakan dan menyebabkan kematian datuk bandar itu,” kata Ketua Inspektor Wilayah, Leo Laraga.

Polis bagaimanapun masih menyiasat bagaimana datuk bandar berkenaan memperoleh senjata api berkenaan ketika berada di dalam penjara. 

Sejak menang dalam pilihan raya Mei lalu, Duterte, 71,  telah berjanji akan membunuh berpuluh-puluh ribu penjenayah untuk menghalang Filipina daripada menjadi sebuah negara dadah.

Beliau kemudian melancarkan perang ke atas dadah secara besar-besaran menyebabkan lebih 4,000 orang terkorban.

Duterte telah menyenaraikan beberapa nama pegawai kerajaan tempatan, anggota polis termasuk hakim yang terlibat dalam pengedaran dadah menyebabkan beliau menggesa mereka supaya menyerah diri.

Baru-baru ini, Datuk Bandar Saudi Ampatuan, Samsudin Dimaukom yang turut tersenarai antara pegawai kanan kerajaan yang terlibat dalam pengedaran dadah mati ditembak pasukan khas polis Filipina.

Turut terkorban dalam operasi itu adalah sembilan pengawal peribadi datuk bandar berkenaan.



Tags / Kata Kunci: Filipina , Rolando Espinosa , Pulau Leyte , dadah

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan