Carroll Beli Anjing Pengawal Susulan Insiden Cubaan Rompak

Diterbitkan: Ahad, 6 November 2016 5:19 PM

Andy Carroll. Foto AP

(Ubah saiz teks)

BINTANG Liga Perdana Inggeris, Andy Carroll menempah dua anjing pengawal yang berharga £15,000 (RM78,667) setiap ekor susulan insiden dia dikejar kumpulan lelaki bersenjata dalam cubaan rompakan pada minggu lalu.

Penyerang skuad England dan kelab West Ham itu diancam oleh penunggang motosikal bersenjata di lampu isyarat semasa memandu pulang ke rumah selepas menjalani latihan Rabu lalu.

Pemain berusia 27 tahun itu didakwa membeli dua anjing jenis mastiff pada harga sekurang-kurangnya £30,000 (RM158,106).

Haiwan itu terkenal sebagai anjing pengawal yang sangat tangkas . Ia dilatih bagi mengawal keselamatan.

Pengarah syarikat yang menjual haiwan tersebut kepada Carroll berkata, dua anjing itu akan dihantar tidak lama lagi.

Pengarah berkenaan, Richard Douglas bagaimananapun enggan mendedahkan nilai sebenar anjing-anjing itu tetapi mengatakan harganya bermula £15,000. - Mail Online



iklan

Kolumnis

iklan

Iklan