Penentang Syria Guna Belon Atasi Serangan Udara Rusia

Diterbitkan: Sabtu, 5 November 2016 11:35 AM

Kumpulan penentang Syria menggunakan belon untuk berdepan ancaman serangan udara tentera Syria dan Rusia. - Ihsan The Telegraph

(Ubah saiz teks)

DAMSYIK: Kumpulan penentang Syria menggunakan belon yang diisi dengan hidrogen dan bahan letupan untuk menjatuhkan pesawat Rusia yang mengebom bandar Aleppo.

Menurut laporan Mirror, lebih 8,000 belon telah dilepaskan ke udara bagi menentang ancaman serangan jet Rusia dan Syria yang meragut beribu-ribu nyawa penduduk di bandar itu.

Golongan kanak-kanak turut dirakam membantu kumpulan penentang mengisi gas helium dan memasukkan serpihan besi bagi mengganggu sistem persenjataan tentera Rusia.

Kanak-kanak turut membantu kumpulan penentang menghasilkan belon untuk digunakan sebagai pertahanan udara. - Ihsan Mirror.

Bagaimanapun, hanya satu belon didakwa berjaya merosakkan enjin sebuah jet tempur Rusia dan memaksa pesawat tersebut melakukan pendaratan cemas.

Kaedah tersebut digunakan oleh kumpulan penentang ketika Amerika Syarikat (AS) dan negara lain masih belum menyalurkan bantuan senjata untuk menangkis ancaman Rusia dan Syria.

Jurucakap kumpulan penentang Nour al-Din al-Zinki, Bassam Hiji berkata, senjata belon itu dihasilkan sendiri oleh mereka dan mempunyai bahan letupan kecil.

"Kami tahu senjata ini kurang berbahaya tetapi merupakan cara terbaik buat masa sekarang bagi bertahan daripada serangan udara yang membunuh orang awam.

"Semua pihak antarabangsa tahu bahawa cara terbaik untuk menentang serangan pesawat ini dengan hanya menggunakan senjata canggih," katanya.

Tags / Kata Kunci: Rusia , Syria , Aleppo

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan