Suspek Insiden Keganasan Di Pattani Dikenal Pasti

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2016 8:42 PM

(Ubah saiz teks)

PATTANI: Polis Thai telah mengenal pasti tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam serangan bom dan khianat terhadap sebuah stesen minyak di Pattani dua hari lepas.

Pemangku Ketua Polis Pattani, Kol Piyawat Chalermsi berkata serangan bom dan khianat tersebut telah menyebabkan kebakaran besar di stesen minyak dimiliki syarikat berkaitan kerajaan itu tetapi tidak menyebabkan kematian atau kecederaan.

"Kamera litar tertutup (CCTV) berjaya merakam wajah ketujuh-tujuh suspek itu dan kita juga telah mengenal pasti nama lima daripada mereka," katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Menurutnya, pihak berkuasa belum bersedia mendedahkan nama lima suspek itu bagi membolehkan siasatan diteruskan untuk mengenal pasti nama baki dua suspek.

Piyawat berkata polis percaya suspek terbabit juga terlibat dalam insiden serangan bom di sebuah hotel di Pattani pada Ogos lepas.

Dua hari lepas, wilayah selatan Thai di Pattani, Narathiwat dan Songkla digegarkan dengan 13 serangan bom, lima kes tembakan dan lima serangan khianat yang menyebabkan tiga kematian dan enam cedera. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Pattani , serangan bom

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan