Penjaga Gol Gambia Antara Mangsa Tragedi Bot Karam

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2016 10:17 AM

BEBERAPA pelarian cuba menyelamatkan diri selepas bot getah yang dinaiki karam di kawasan perairan Libya pada 3 November 2016. - AFP

(Ubah saiz teks)

SEORANG penjaga gol Gambia antara puluhan pelarian yang lemas dalam tragedi bot karam dekat kawasan perairan Libya pada minggu lalu.

Fatim Jawara, 19, dipercayai menaiki sebuah bot yang karam akibat dibadai ribut ketika cuba menuju ke Itali.

Fatim yang bermain untuk skuad kebangsaan wanita Gambia, memberitahu keluarganya dia mahu mengikut haluan sendiri dan bermain di kelab Eropah.

Fatim Jawara dilaporkan lemas dalam kejadian bot karam di perairan Libya pada minggu lalu. - AGENSI

Abangnya, Modou Jawawa memberitahu portal The Guardian, dia dimaklumkan tentang kematian adiknya itu oleh pihak yang menguruskan pengangkutan menyeberanig laut Libya itu.

Berita kematian Fatim tersebar beberapa jam selepas satu lagi tragedi berlaku di kawasan yang sama apabila lebih 240 orang dikhuatiri terbunuh.

Insiden terbaharu itu melibatkan dua bot getah yang karam kira-kira 40 kilometer dari perairan Libya pada Khamis.

Jumlah sebenar pelarian yang menaiki kedua-dua bot terbabit tidak diketahui tetapi hanya 180 mangsa berjaya diselamatkan setakat ini.

Tags / Kata Kunci: Pelarian , Lemas , Libya

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan