18,000 Polis, Tentera Kawal Tunjuk Perasaan Terhadap Ahok

Diterbitkan: Khamis, 3 November 2016 1:36 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Kira-kira 18,000 anggota polis dan tentera dikerah mengawal tunjuk perasaan besar-besaran pada Jumaat bagi membantah kenyataan Gabenor Jakarta yang juga penganut Kristian dan etnik Cina pertama memegang jawatan itu kerana didakwa menghina al-Quran.

Demonstrasi yang dijangka disertai ribuan penduduk Islam Indonesia susulan kenyataan Basuki Tjahja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok kerana dakwaan memfitnah agama, selepas berkata pencabarnya memperdaya pengundi dengan menyerangnya menggunakan ayat al-Quran.

Bagaimanapun, Ahok sudah meminta maaf berhubung kenyataan itu.

Jurucakap polis Jakarta, Awi Setiyono berkata, puluhan akaun media sosial didapati menyiarkan kenyataan dan imej provokatif dan menggesa orang ramai bertindak ganas atas nama Islam terhadap Ahok, termasuk desakan membunuhnya.

"Kami melihat ada kenyataan berunsur perkauman dan etnik yang boleh memecah belahkan masyarakat disebarkan menerusi internet dan kebanyakannya anti-Cina," katanya. 

Beliau berkata, polis meningkatkan rondaan dan memantau internet bagi mempamerkan kekuatan menjelang perhimpunan esok.

Sementara itu, pakar keselamatan, Sidney Jones bagaimanapun menyelar kerajaan kerana tidak bertindak membendung kumpulan konservatif Islam yang menyemarakkan ketegangan agama dan etnik menjelang pilihan raya gabenor Jakarta tahun depan, yang juga ditandingi Ahok.

"Pemimpin politik Indonesia membenarkan golongan konservatif merampas momentum dan membangkitkan kebencian berunsurkan agama terhadap gabenor selama lebih sebulan tanpa mencabar kaedah atau hujah mereka," katanya. - Reuters


Tags / Kata Kunci: Ahok , Gabenor Jakarta

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan