Tentera Iraq Masuk Mosul

Diterbitkan: Khamis, 3 November 2016 10:16 AM

(Ubah saiz teks)

BAGHDAD: Selepas dua minggu memulakan gerakan untuk menawan semula Mosul, akhirnya buat pertama kali tentera Iraq memasuki bandar yang dikuasai militan Daesh itu.

Seorang komander Iraq memberitahu AFP, pasukan tentera yang disokong Amerika Syarikat itu berjaya mengusir anggota kumpulan pengganas itu di timur bandar Mosul.

Kepungan ke atas Mosul adalah operasi ketenteraan terbesar sejak pencerobohan AS bagi menggulingkan diktator Saddam Hussien pada 2003.

Mosul yang menjadi kubu terakhir militan Daesh di Iraq juga merupakan bandar kedua terbesar di negara itu.

Beberapa komander Iraq berkata, pertempuran untuk menghapuskan militan Daesh di bandar itu mungkin mengambil masa sehingga beberapa bulan.

Kemaraan pada Selasa menyaksikan anggota Perkhidmatan Antikeganasan (CTS) memasuki Gogjali, sebuah zon industri di timur Mosul.

Komander CTS, Leftenan Jeneral Abdul Ghani Al-Assadi berkata, askarnya kini berada di daerah Karama dalam bandar Mosul.

Sementara itu, stesen televisyen Iraq melaporkan bahawa pertempuran turut tercetus di Mosul melibatkan militan Daesh dan penduduk tempatan yang bangun menentang kumpulan itu.

Kerajaan Iraq dan sekutunya, AS berharap kebangkitan rakyat di bandar itu akan membantu memudahkan pihak tentera menawan Mosul.

Militan Daesh menakluki bandar itu sejak 2014 dan mengisytiharkan seorang ‘khalifah’ untuk mentadbirnya.

Secara keseluruhan, dianggarkan seramai 50,000 askar dan polis Iraq serta pejuang Kurdis mengambil bahagian dalam operasi menawan Mosul. Mereka dibantu serangan udara pakatan tentera diketuai AS dan beribu-ribu militia Syiah. – AFP








Tags / Kata Kunci: Iraq , Mosul , Daesh

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan