FBI Perhati Pasangan Clinton

Diterbitkan: Khamis, 3 November 2016 9:26 AM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Hanya seminggu menjelang Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS), calon Parti Demokrat, Hillary Clinton berdepan situasi sukar apabila Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengeluarkan dokumen berkaitan suaminya yang juga bekas Presiden AS, Bill Clinton.

Lebih memberi tekanan apabila calon presiden itu sendiri berdepan dakwaan penyalahgunaan emel mengandungi maklumat sulit kerajaan.

Isnin lalu, FBI mendedahkan dokumen 129 muka surat berhubung pengampunan kontroversi yang dibuat suami bekas Setiausaha Negara AS itu terhadap pedagang komoditi yang melakukan penipuan cukai terbesar dalam sejarah AS, Marc Rich pada hari terakhir beliau sebagai presiden hampir 16 tahun lalu.

Difahamkan, tindakan FBI itu mendapat respons banyak pihak selepas ia memuat naik kenyataan di Twitter, kelmarin.

"Pendedahan awal ini mengandungi maklumat berkaitan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan, William J Clinton Foundation. Sebahagian besar rekod ini adalah tentang siasatan pengampunan ke atas Rich atau Marcell David Reich oleh Clinton pada 2001 dan kes itu ditutup pada 2005," menurut kenyataan laman rekod kebal FBI.

Rich yang meninggal dunia pada 2013 telah melarikan diri ke Switzerland selepas didakwa atas pelbagai tuduhan termasuk mengelak cukai, penipuan dan kegiatan haram pada 1983.

Motif bekas pemimpin itu memberi pengampunan mencetuskan persoalan berikutan bekas isteri Rich adalah penderma mewah kepada Demokrat yang menderma AS$450,000 (RM1.8 juta) kepada Payasan Perpustakaan Presiden dan lebih AS$100,000 (RM419,350) kepada kempen Senat isterinya.

Menurut FBI, dokumen tersebut telah diminta supaya dikeluarkan di bawah Akta Kebebasan Maklumat (FOIA) dan dimuat naik ke ruang bacaan umum mengikut undang-undang dan prosedur yang ditetapkan.

Jumaat lalu, Pengarah FBI, James Comey mengumumkan mahu membuka semula siasatan terhadap penggunaan pelayar emel peribadi Clinton ketika beliau menjadi Setiausaha Negara pada 2009 hingga 2013.

Julai lalu, Comey pernah membuat kesimpulan bahawa mereka tidak mempunyai bukti yang cukup untuk mengenakan tuduhan jenayah ke atas pesaing utama Donald Trump daripada parti Republikan itu. - AFP


Tags / Kata Kunci: FBI , Pilihan Raya Presiden AS , Bill Clinton

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan