Kempen Brexit Perlu Restu Parlimen - Mahkamah Tinggi

Diterbitkan: Khamis, 3 November 2016 7:18 PM

brexit
(Ubah saiz teks)

LONDON - Mahkamah Tinggi Britain menetapkan keputusan bahawa Parlimen negara itu perlu melaksanakan undian bagi mendapatkan sokongan untuk memulakan proses meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) atau Brexit.

Keputusan itu sekali gus membawa maksud kerajaan Britain tidak boleh menggunakan Artikel 50 Perjanjian Lisbon iaitu memulakan perbincangan secara rasmi dengan EU tanpa persetujuan Parlimen.

Sebelum ini, Perdana Menteri Britain, Theresa May berkata, keputusan pungutan suara dan kuasa kementerian yang sedia ada menunjukkan anggota Parlimen tidak perlu melakukan undian tetapi kem Brexit menyifatkan tindakan itu sebagai tidak mengikut Perlembagaan.

Malah beliau berkata mahu mengaktifkan Artikel 50, sekali gus memaklumkan kepada EU secara format untuk meninggalkan blok tersebut selewat-lewatnya pada Mac tahun depan.

Kerajaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu dan pendengaran kes dijangka berlangsung pada bulan depan.

Pemimpin Parti Bebas United Kingdon (UKIP), Nigel Farage berkata, beliau bimbang berlaku pembelotan dalam kalangan 51.9 peratus pengundi yang menyokong kempen Brexit pada sesi pungutan suara Jun lalu.

Bagaimanapun penganalisis politik dari rangkaian berita BBC, Norman Smith berkata, sekiranya keputusan Mahkamah Tinggi tidak berubah, usaha untuk keluar dari EU mungkin tertangguh selama berbulan-bulan ekoran perdebatan dalam Parlimen.

"Namun kemungkinan juga Parlimen akan membuat keputusan yang lebih cepat dan tepat atau mereka mempertimbangkan proses perundangan yang lebih rumit.

"Tetapi saya percaya kebanyakan anggota Parlimen akan menyokong Artikel 50 memandangkan kempen Brexit mendapat majoriti sokongan pengundi," katanya.


Tags / Kata Kunci: Brexit , Britain , Kesatuan Eropah

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan