Polis Panggil Imam Selesaikan Penemuan Tembikai Misteri

Diterbitkan: Rabu, 2 November 2016 10:09 AM

Imam dari Jabatan Hal Ehwal Agama Sharjah menunjukkan tulisan dan paku yang dicucuk pada tembikai misteri yang ditemukan di kawasan pantai Al Khan, baru-baru ini. - Ihsan Mail Online

(Ubah saiz teks)

DUBAI: Pihak polis Emiriyah Arab Bersatu (UAE) terpaksa memanggil seorang imam tempatan bagi menyelesaikan misteri penemuan sebiji tembikai susu yang dipercayai telah disumpah.

Buah tersebut yang dicucuk dengan pin dan paku selain tertera tulisan di sekelilingnya, mencetuskan ketakutan dalam kalangan penduduk tempatan apabila tembikai itu ditemukan terdampar di kawasan pantai Al Khan dekat bandar Sharjah, baru-baru ini.

Polis yang dihubungi orang awam kemudiaannya memanggil seorang imam dari Jabatan Hal Ehwal Islam Sharjah untuk 'membersihkan' tembikai misteri itu.


Imam yang tidak dinamakan itu kemudiannya membuang pin dan paku pada tembikai tersebut sebelum membelah buah berkenaan.

Bagaimanapun imam berkenaan tidak mendedahkan misteri buah tembikai tersebut sama ada mempunyai kaitan dengan amalan ilmu hitam atau perbuatan menakutkan orang ramai.


Sumber berita: http://www.dailymail.co.uk/news/article-3894560/UAE-police-call-Muslim-cleric-tackle-cursed-melon-covered-magical-markings.html


Tags / Kata Kunci: UAE , Tembikai Sumpahan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan