Remaja Sanggup Tukar Nama Jadi iPhone 7

Diterbitkan: Selasa, 1 November 2016 3:04 PM

Sim menunjukkan bukti dia telah menukar nama kepada iPhone Sim untuk mendapatkan gajet Apple itu secara percuma. - AGENSI

(Ubah saiz teks)

KEGILAAN untuk memiliki telefon pintar iPhone bukan sesuatu yang baharu kerana banyak cerita tentang peminat fantatik sanggup menjual buah pinggang semata-mata mahu membeli gajet tersebut.

Namun satu kisah unik yang berlaku di Ukraine pada Isnin mungkin merupakan yang pertama apabila seorang remaja lelaki sanggup menukarkan namanya secara sah bagi mendapatkan model terbaharu iPhone 7 secara percuma.

Kos sebuah iPhone 7 di Ukraine dianggarkan AS$850 (RM3500), tetapi remaja itu yang dikenali sebagai Alexander Turin menukar namanya menjadi iPhone Sim demi memenuhi impiannya.

Sim bermaksud tujuh dalam bahasa Ukraine dan kos yang perlu ditanggung untuk menukar namanya hanya AS$2 (RM8) sahaja.

Remaja berusia 20 tahun itu mengetahui promosi yang dibuat oleh kedai Apple di Ukraine yang menawarkan gajet percuma kepada lima individu yang sanggup menukar nama mereka kepada iPhone 7.

Sim bagaimanapun berkata, dia akan menggunakan nama baharu itu buat sementara waktu dan akan menukar semula ke nama asal.

Tags / Kata Kunci: iPhone 7

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan