Pasangan Pengantin Jemput Beruang Hadiri Majlis Perkahwinan

Diterbitkan: Selasa, 1 November 2016 10:43 AM

Aksi menarik Stepan seolah-olah seperti paderi yang sedang menyatukan perkahwinan antara Denis dan Neyla. - AGENSI

(Ubah saiz teks)

KEBIASAANNYA, pengantin lelaki dan perempuan akan menjadi tumpuan apabila melangsungkan perkahwinan.

Tetapi lain pula kisahnya di Rusia apabila sepasang pengantin 'menjemput' seekor beruang yang besar pada hari istimewa mereka itu, baru-baru ini.

Menurut laporan portal Mail Online, Denis dan Neyla yang masing-masing berusia 30 tahun dari Moscow, menggunakan beruang terbabit yang bernama Stepan sebagai pembawa cincin perkahwinan mereka.

Malah haiwan seberat 133 kilogram itu turut memakai tali leher kecil pada majlis perkahwinan tersebut, sehingga menarik perhatian hadirin.

Lebih mengagumkan, beruang setinggi 2.1 meter itu terlibat sepenuh masa sepanjang majlis perkahwinan berlangsung termasuk sesi bergambar bersama pengantin.

Pada satu ketika, beruang jantan itu beraksi seolah-olah seperti paderi yang sedang menyatukan perkahwinan antaran Denis dan Neyla.

Stepan dibela oleh manusia sejak usia tiga tahun selepas kehilangan induknya. - AGENSI

Denis berkata, Stephan merupakan beruang yang jinak tetapi dia tetap mengambil langkah berhati-hati untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

"Ia merupakan pengalaman yang hebat apabila bergambar bersama Stepan.

"Kami akan mengingati kenangan manis ini selama-lamanya," katanya.

Stepan merupakan beruang yang dibela oleh pasangan kekasih Rusia, Svetlana dan Yuriy Panteleenko sejak berusia tiga tahun selepas haiwan itu kehilangan induknya.

Kini beruang tersebut sudah berusia 23 tahun dan kejinakannya terhadap manusia menjadikannya popular Mei tahun ini apabila beberapa keping gambarnya disiarkan di majalah dan laman sosial.

Tags / Kata Kunci: Beruang , Perkahwinan , Rusia

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan