Bangkai Pesawat Caribou Ditemui

Diterbitkan: Selasa, 1 November 2016 2:44 PM

Anggota tentera dan penyelamat Indonesia mengusung keranda mangsa nahas pesawat kargo sebaik sahaja tiba di lapangan terbang Moses Kilangin di Timika, wilayah Papua, Indonesia. -fotoEPA

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Pasukan carian Indonesia pada Selasa menemui bangkai pesawat kargo bersama mayat empat anak kapal di kawasan pergunungan di negara ini, kata seorang pegawai kerajaan.

Pesawat Caribou itu terputus hubungan dengan kawalan trafik udara pada Isnin, ketika sedang melakukan penerbangan pendek di wilayah timur pedalaman Papua, menyebabkan operasi mencari dan menyelamat terpaksa dilakukan di kawasan pergunungan yang berceranggah.

"Pesawat itu telah musnah," kata jurucakap Kementerian Pengangkutan, Bambang Ervan kepada AFP, sambil menambah mayat telah dikeluarkan dari lokasi kemalangan.

Indonesia mempunyai rekod keselamatan penerbangan yang buruk dan Papua terutamanya adalah sebahagian daripada bahagian bermasalah untuk penerbangan disebabkan gunung-ganang dan sering berdepan cuaca buruk.

Caribou berlepas dari bandar Timika pada Isnin, pukul 7.57 pagi menuju ke Ilaga, kawasan komuniti pertanian yang terletak di kawasan pergunungan, menurut kementerian pengangkutan.

Pesawat itu telah menghubungi kawalan trafik udara di Ilaga pada pukul 8.23 pagi memaklumkan bahawa ia akan mendarat dalam masa beberapa minit tetapi keadaan berlaku sebaliknya.

Pegawai berkata, pesawat itu yang dilaporkan membawa bahan binaan, telah menghantar isyarat kecemasan sebelum terputus hubungan.

Pesawat itu tergolong dalam keluarga pesawat kargo Caribou DHC-4 yang hanya memerlukan ruang yang kecil untuk berlepas dan mendarat.

Sebuah pesawat penumpang yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan Indonesia Trigana terhempas di wilayah Papua dalam cuaca buruk pada Ogos tahun lepas, membunuh semua 54 penumpang dan anak kapal.
Tags / Kata Kunci: pesawat kargo , Caribou , Papua

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan