Banjir Di Mesir Ragut 22 Nyawa

Diterbitkan: Isnin, 31 Oktober 2016 11:30 AM

(Ubah saiz teks)

KAHERAH: Hujan lebat sejak Khamis lalu yang membawa kepada kejadian banjir di Mesir telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 22 maut, manakala lebih 70 lagi cedera.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Khaled Megahed bagaimanapun berkata, bilangan mangsa yang maut mungkin meningkat kerana ada keluarga tidak melaporkan kehilangan saudara mara.

Malahan, katanya, ada yang sudah mengebumikan mangsa sejak banjir bermula Khamis lalu.

Pada Ahad, kerajaan mengumumkan bantuan sebanyak AS$5.6 juta (RM23.53 juta) untuk kawasan dilanda banjir termasuk wilayah selatan Sohaq, Sinai Selatan dan sepanjang pantai Laut Merah.

Akhbar Al-Masry Al-Youm dan Al-Watan berkata, penduduk di Ras Ghaib berang dengan tindakan kerajaan sehingga menghalang konvoi membawa Perdana Menteri Sharif Ismail.

Ras Gharib yang terletak di Teluk Suez adalah kawasan yang paling terjejas teruk dengan sembilan orang maut.

Namun pihak berkuasa kesihatan di wilayah Laut Merah di Ras Gharib berkata, angka kematian meningkat kepada 10 orang dengan 32 cedera. -AFP



Tags / Kata Kunci: Mesir , banjir , Khaled Megahed

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan